Selamat datang ke blog Surau Al Maudoodi

Click here to edit subtitle

TABUNG PEMBINAAN SURAU AL-MAUDOODI
No Akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD : 8600851399 Atas Nama SURAU AL-MAUDOODI

 

sumbangan untuk pembinaan surau al-maudoodi, jalan lp 7/2, seksyen 7 lestari perdana, bandar putra permai, selangor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-10791110 - Mohd Khazimi Bin Ismail, 011-10884324 - Haji Mohd Nor Bin Jusoh, 012-3976225 - Roslan Bin Yahya, 019-3799131 - Nor Hisham Bin Mohamad, 019-9764288 - Ust Nordin Bin Abdullah atau terus ke akaun cimb islamic bank 8600851399 atas nama surau al-maudoodi

Alhamdulillah akhirnya surau ini dapat disiapkan dengan jayanya, sekarang ini masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk membina pagar dan merawat tebing bagi mengelakkan runtuhan tanah

PENGENALAN


Cadangan untuk mendirikan sebuah surau bagi kemudahan jemaah di Seksyen 7 Lestari Perdana dan kawasan sekitarnya adalah hasil daripada perbincangan sejak tahun 2006 lagi memandangkan kawasan seksyen 7 Lestari Perdana tidak mempunyai kemudahan surau. Permohonan rasmi telah dibuat pada 22 Mac 2007. 


Cadangan pembinaan  surau ini adalah untuk keperluan penduduk untuk menunaikan kewajipan solat berjemaah , ianya  juga dapat menunaikan tuntutan fardhu kifayah seperti urusan kematian ( khairat kematian ) dan juga melibatkan berbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta  pendidikan agama. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau ini , sedikit banyak dapat mengatasi permasalahan sosial dikalangan ahli kariah taman ini dan sekitarnya


Keperluan surau ini adalah untuk penduduk kawasan perumahan bercampur, terdiri daripada 10 blok bangunan dan juga rumah teres berdekatan yang dianggarkan seramai 4000 orang penduduk beragama Islam dan akan bertambah dua kali ganda setelah kesemua projek yang sedang dilaksanakan sekarang siap sepenuhnya. Kawasan ini didiami hampir 100 peratus penduduk melayu beragama Islam. ( LP3, LP4, LP5, LP6 dan LP7 )


Permohonan untuk menyediakan tapak surau telah dibuat sejak tahun 2007 dan telahpun diluluskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui keputusan mesyuarat Jawatankuasa OSC bil 12/2008 bertarikh 22 Julai 2008. Surat kelulusan telah dikeluarkan pada 31 Julai 2008. No Rujukan : MPSJ.260/13/1-2Jld-2(40). 


Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah RM500,000.00 . Kos tersebut merangkumi pembinaan bangunan surau, pagar, lanskap dan kelengkapan surau.

 

RASIONAL


Antara rasional yang wujud ialah :-


  1. Ketiadan tempat bagi tujuan urusan kebajikan ahli kariah seperti kematian , kenduri-kendara dan sebagainya

 

  1. ketiadaan tempat untuk bermusyuarah dan berbincang demi kepentingan ahli kariah di kawasan ini

 

  1. Jumlah ahli kariah yang ada di kawasan ini dianggarkan seramai 4000 orang penduduk islam dan dijangkakan jumlah ini akan bertambah bilamana semua projek pembangunan di kawasan ini siap sepenuhnya.

 

  1. Mengadakan program dan aktiviti setempat bercorak keagamaan sepeti tempat solat berjemaah, kelas Fardhu Ain, tempat untuk mengadakan perbincangan sesame penduduk dan lain-lain program yang sesuai dengan fungsi surau. 

 

OBJEKTIF


Antara objektif utama mengapa perlu didirikan sebuah surau di kawasan ini adalah :-

  1. Segala urusan kebajikan dan tuntutan ahli kariah di kawasan ini dapat dipermudahkan ,dengan adanya kemudahan sebuah surau,

 

  1. Meningkatkan lagi kefahaman  Islam ahli kariah melalui majlis-majlis ilmu dan kelas pengajian agama yang akan diadakan.

 

  1. Merapatkan hubungan silaturrahim dan seruan dakwah antara penduduk yang beragama Islam dengan bukan Islam di kawasan ini melalui aktiviti kemasyarakatan seperti ziarah, sambutan perayaan dan sebagainya.

 

  1. Berusaha mengatasi masaalah sosial yang sering berlaku di kawasan ini melalui jawatankuasa surau yang akan diwujudkan.

 

  1. Melahirkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu berteraskan syariat Islam dengan pelbagai aktiviti yang terancang dan berfaedah.

 

  1. Memupuk semangat berkerjasama dan bermaufakatan di kalangan ahli kariah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim semua kaum.

 

  1. Meningkatkan pembangunan belia Islam di kawasan ini dengan program

 

  1. tidak terjebak dengan gejala sosial.

 

  1. Mengwujudkan dikalangan ahli kariah dengan budaya membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran melalui majlis-majlis ilmu di surau ini

 

SURAU AL-MAUDOODI, SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA, BANDAR PUTRA PERMAI, SELANGOR MEMERLUKAN DANA UNTUK PEMBINAAN SURAU. MOHON KERJASAMA DARIPADA SEMUA PIHAK UNTUK MENYUMBANG KE AKAUN PEMBINAAN SURAU.

NAMA BANK : CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
NO AKAUN : 8600851399
NAMA AKAUN : SURAU AL-MAUDOODI

JUGA DIALU-ALUKAN SUMBANGAN SIMEN, PASIR BATU, KAYU, BESI DAN SEBAGAINYA

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :-
012-3481979 - MOHD KHAZIMI BIN ISMAIL
012-3094334 - HAJI MOHD NOR BIN JUSOH
012-3976225 - ROSLAN BIN YAHYA