Selamat datang ke blog Surau Al Maudoodi

Click here to edit subtitle

Mengenai kami


PENGENALAN


Cadangan untuk mendirikan sebuah surau bagi kemudahan jemaah di Seksyen 7 Lestari Perdana dan kawasan sekitarnya adalah hasil daripada perbincangan sejak tahun 2006 lagi memandangkan kawasan seksyen 7 Lestari Perdana tidak mempunyai kemudahan surau. Permohonan rasmi telah dibuat pada 22 Mac 2007. 


Cadangan pembinaan  surau ini adalah untuk keperluan penduduk untuk menunaikan kewajipan solat berjemaah , ianya  juga dapat menunaikan tuntutan fardhu kifayah seperti urusan kematian ( khairat kematian ) dan juga melibatkan berbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta  pendidikan agama. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau ini , sedikit banyak dapat mengatasi permasalahan sosial dikalangan ahli kariah taman ini dan sekitarnya


Keperluan surau ini adalah untuk penduduk kawasan perumahan bercampur, terdiri daripada 10 blok bangunan dan juga rumah teres berdekatan yang dianggarkan seramai 4000 orang penduduk beragama Islam dan akan bertambah dua kali ganda setelah kesemua projek yang sedang dilaksanakan sekarang siap sepenuhnya. Kawasan ini didiami hampir 100 peratus penduduk melayu beragama Islam. ( LP3, LP4, LP5, LP6 dan LP7 )


Permohonan untuk menyediakan tapak surau telah dibuat sejak tahun 2007 dan telahpun diluluskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui keputusan mesyuarat Jawatankuasa OSC bil 12/2008 bertarikh 22 Julai 2008. Surat kelulusan telah dikeluarkan pada 31 Julai 2008. No Rujukan : MPSJ.260/13/1-2Jld-2(40). 


Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah RM500,000.00 . Kos tersebut merangkumi pembinaan bangunan surau, pagar, lanskap dan kelengkapan surau.

 


RASIONAL


Antara rasional yang wujud ialah :-


Ketiadan tempat bagi tujuan urusan kebajikan ahli kariah seperti kematian , kenduri-kendara dan sebagainya


ketiadaan tempat untuk bermusyuarah dan berbincang demi kepentingan ahli kariah di kawasan ini


Jumlah ahli kariah yang ada di kawasan ini dianggarkan seramai 4000 orang penduduk islam dan dijangkakan jumlah ini akan bertambah bilamana semua projek pembangunan di kawasan ini siap sepenuhnya.


Mengadakan program dan aktiviti setempat bercorak keagamaan sepeti tempat solat berjemaah, kelas Fardhu Ain, tempat untuk mengadakan perbincangan sesame penduduk dan lain-lain program yang sesuai dengan fungsi surau. 

 


OBJEKTIF


Antara objektif utama mengapa perlu didirikan sebuah surau di kawasan ini adalah :-


Segala urusan kebajikan dan tuntutan ahli kariah di kawasan ini dapat dipermudahkan ,dengan adanya kemudahan sebuah surau,


Meningkatkan lagi kefahaman  Islam ahli kariah melalui majlis-majlis ilmu dan kelas pengajian agama yang akan diadakan.


Merapatkan hubungan silaturrahim dan seruan dakwah antara penduduk yang beragama Islam dengan bukan Islam di kawasan ini melalui aktiviti kemasyarakatan seperti ziarah, sambutan perayaan dan sebagainya.


Berusaha mengatasi masaalah sosial yang sering berlaku di kawasan ini melalui jawatankuasa surau yang akan diwujudkan.


Melahir sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu berteraskan syariat Islam dengan pelbagai aktiviti yang terancang dan berfaedah.


Memupuk semangat berkerjasama dan bermaufakatan di kalangan ahli kariah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim semua kaum.


Meningkatkan pembangunan belia Islam di kawasan ini dengan program berfaedah supaya tidak terjebak dengan gejala sosial.


Mengwujudkan dikalangan ahli kariah dengan budaya membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran melalui majlis-majlis ilmu di surau ini

 


SEJARAH PELAKSANAAN. 


Seksyen 7 Lestari Perdana adalah kawasan perumahan bercampur, terdiri daripada 10 blok bangunan yang telah diduduki, dengan anggaran penduduk beragama islam seramai 4000 orang dan dijangka akan bertambah setelah kesemua projek yang sedang dilaksanakan sekarang siap sepenuhnya. Kawasan ini didiami hampir 100 peratus penduduk melayu beragama Islam.


Pada peringkat awal permohonan untuk menyediakan tapak surau telah dibuat pada tahun 2006 tetapi ditolak pada 3 April 2007 dengan alasan tidak diperuntukan tapak surau di Seksyen 7 Lestari Perdana dan permohonan kali kedua telah dibuat pada Mei 2007 juga ditolak dengan alasan yang sama. Pada April 2008 permohonan kali ketiga telah dibuat dan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui keputusan mesyuarat Jawatankuasa OSC bil 12/2008 bertarikh 22 Julai 2008. Surat kelulusan telah dikeluarkan pada 31 Julai 2008. No Rujukan : MPSJ.260/13/1-2Jld-2(40).

 

Seterusnya telah menubuhkan Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Maudoodi dan dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan telahpun diluluskan pada 17 Ogos 2010. No Rujukan Bil (4) dlm.JAI.Sel.BPM/01/051/1


Pada 21 Febuari 2011 Jabatan Agama Islam Selangor telah memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau untuk membuka akaun bank. No Rujukan JAI.Sel.BPM/01/015/1(17) 


Pada 14 Mac 2011 pembukaan akaun Tabung Pembinaan telah diluluskan atas nama Surau Al-Maudoodi di CIMB Islamic Bank Cawangan Bandar Kinrara. No Akaun 8600851399


Pada 10 September 2012 kerja memasang cerucuk telah dimulakan hanya beberapa hari atas faktor cuaca dan ditangguhkan pada Mac 2013. cara rasmi tetapi terpaksa ditangguhkan beberapa kali disebabkan kekurangan sumber kewangan. Pada November 2014 kerja-kerja pembinaan disambung semula.


 


SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL-MAUDOODI

 

Pengerusi                            :          Mohd Khazimi Bin Ismail              

Naib Pengerusi                    :          Roslan Bin Yahya

Setiausaha                          :          Noordin Bin Abdullah

Penolong Setiausaha         :           Siti Radziah Binti Alip

Bendahari                           ;           Haji Mohd Nor Bin Jusoh

AJK 1                                   :          Haji Mohd Salleh Bin Dalhar

AJK 2                                   :          Nazri bin Saharum

AJK 3                                   :          Abd Rahim Bin Salleh

Pemeriksa Kira-kira 1      :               Hisham Bin Muhammad

Pemeriksa Kira-kira 2      :               Mohd Sani Bin Tihin


We look forward to hearing from you!

Please fill out the form below and click "Submit." We will get back to you as soon as possible!

Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.